Monday, July 4, 2011

Anak, Saham Akhirat yang Lumayan


“Balqis, mari kita solat sama-sama sayang?”pinta si ibu apabila melihat anaknya yang asyik menonton siaran kartun kegemarannya dari tadi. Balqis, permata hatinya yang baru berusia 5 tahun, namun cukup pantas belajar. “Semalam Balqis pun nampak ibu tengok tv masa ayah solat, Balqis nak habiskan tengok kartun ni dulu. Boleh ye bu?” balas Balqis jujur.

Sebagai seorang ibu, pasti kita tergamam dengan jawapan yang diberi, bukan? Mana tidaknya, kita sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anak, segala tingkah lakunya kita perhatikan. Malangnya kita terlupa bahawa mereka juga sedang memerhatikan kita tanpa kita sedari. Awas! Kita sedang diperhatikan.

“It's not only children who grow. Parents do too. As much as we watch to see what our children do with their lives, they are watching us to see what we do with ours. I can't tell my children to reach for the sun. All I can do is reach for it, myself.”

Joyce Maynard

Sedar atau tidak, sebagai ibubapa, kita perlu peka dengan tindakan kita terlebih dahulu sebelum menegur dan memarahi anak-anak. Rutin harian kita merupakan salah satu matapelajaran mereka dalam mematangkan diri. Kita sering kesal dengan tindakan anak-anak yang tidak mendengar kata serta melakukan sesuatu yang tidak disenangi. Segala tindak-tanduk anak-anak adalah bermula dari setiap pemerhatian mereka sejak kecil.

Sebagaimana dialog di atas, Balqis, seorang anak kecil, sebenarnya memerhati dan meniru tindakan ibunya tanpa mengetahui sama ada perbuatan itu, baik atau sebaliknya.

Pasti ramai dikalangan ibubapa seringkali gusar untuk mengawal tingkahlaku mereka agar tidak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya yang akan dipertontonkan oleh anak-anak mereka. Mana mungkin kita dapat mengelak dari melakukan kesilapan. Sedangkan jelas janji syaitan untuk menyesatkan Adam dan keseluruhan zuriatnya dalam surah al-Hijr ayat 39 dan 40 yang bermaksud;

39. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan memperelokkan Segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan Aku akan menyesatkan mereka semuanya,

40. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu Yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Sekalipun begitu tegas janji syaitan pada ayat 39 surah al-Hijr untuk menyesatkan keseluruhan keturunan Adam, pasti kita gerun mendengar dan ngeri membayangkannya, namun, jangan dilupa pada syarat yang ditetapkan oleh musuh utama manusia itu pada ayat yang seterusnya. Maka berusalah untuk menjalani kehidupan yang senantiasa berpaksi pada aturan-Nya. Sekalipun kita melakukan kesilapan, haruslah diingat, usaha kita melakukan yang terbaik akan diambil kira oleh Allah SWT.

Usaha bagaimana yang dimaksudkan? Sudah semestilah usaha membaik pulih diri untuk menampilkan sesuatu yang terbaik. Tidakkah kita terfikir, untuk menjadi yang terbaik pasti banyak rintangan dan halangannya?

Iya. Itulah yang saya maksudkan. Tegar menempuh ujian dan rintangan untuk mencapai suatu kebenaran. Sabar dan tidak berputus asa yang menjadi ukuran di sisi Allah SWT.

Qudwatul Hasanah

Allah SWT telah menetapkan dasar samawi melalui perantaraan rasul-rasul-Nya bagi menyebarkan perutusan langit kepada sekalian manusia di dunia yang bersifat dengan kemuncak kesempurnaan. Sebagaimana yang tertulis dalam kitab yang terpelihara sehingga akhirat mengenai contoh tauladan yang paling utama bagi manusia iaitu kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW. Firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 21:

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Sebagaimana Saidatina Aisyah r.a pernah ditanya mengenai sifat dan tingkahlaku baginda Rasulullah SAW, maka Aisyah menjawab dengan maksud:

“ Adalah kelakuannya (Nabi Muhammad SAW) al-Quran (apa sahaja yang disebut di dalam al-Quran)

Ringkas bukan jawapan Aisyah? namun maksudnya begitu menyeluruh kerana sifat baginda meliputi keseluruhan aspek ajaran al-Quran yang merupakan amalan dan tingkahlaku baginda Rasulullah SAW.

Jadi, ibubapa yang meneladani Qudwatun Hasanah Rasulullah, akan melahirkan generasi pejuang amar maaruf dan nahi mungkar dalam mengorak langkah menerusi dunia yang penuh mehnah!

Pendidikan tidak formal anak-anak di rumah akan diterajui oleh ibubapa yang secara tidak langsung ia disampaikan melalui dua kaedah utama iaitu Lisanul Maqal (teori) dan Lisanul Hal (Parktikal). Pada dasarnya, mereka perlu didedahkan dengan pengetahuan tauhid kepada Allah SWT dan asas-asas Islamiah dalam apa cara sekalipun. Sekalipun sukar, ia tidak mustahil. Sebagaimana yang kita sedari, perkembangan otak anak-anak seawal usia, sangat aktif dan pantas. Ia seperti saham terpenting bagi kepada ibubapa untuk melabur agar keuntungan yang diperolehi menguntungkan malah membanggakan. Ia akan menjadi satu tamparan yang hebat pada ibubapa jika peluang keemasan ini dilepaskan begitu sahaja.

Role Model

Proses pembelajaran tidak formal anak-anak perlu dijelaskan terlebih dahulu melalui kaedah teori, iaitu melalui peringkat mendengar dan melihat. Mereka dengar dan lihat maka berlakulah kaedah yang kedua iaitu Praktikal. Sebagaimana unutk mengajar anak-anak peka dan sensitif tatkala tiba waktu solat fardu, ibubapa terlebih dahulu menjadi role model terbaik pada mereka. Anak-anak cenderung untuk meniru setiap gerakan ibubapa mereka terutama pada sesuatu yang kerap dilakukan. Galakkan minat mereka dengan berjemaah bersama-sama. Disamping itu jangan lupa untuk menerapkan kata-kata nasihat dan pesanan yang membina. Benarlah pepatah inggeris menyatakan “Don't worry that children never listen to you; worry that they are always watching you.”

Keberhasilannya akan terbukti apabila anda sebagai ibubapa terus-menerus berusaha serta bersabar dalam pelaburan ini. Sesungguhnya anak-anak merupakan amanah dari Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak, adakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya atau kita telah mengkhianatinya.

Created by : Umie Kiran

Tuesday, March 8, 2011

Ini adalah yang Terbaik!


Salam to all my buddy...
Setelah sekian lama baru la gatal tangan ni nk berblog lagi..huhu..kalau dh start berhenti alamat nk mula balik memang payah..tambah2 plak keje kt ofis agak tidak brape nk teratur..schedule aku la..bukan org lain (padan muke..sape suruh xpandai manage)huhuu..

Banyak topik yag terlintas di fikiran ni untuk dikongsi..tpi terpaksa cabut undi mane yang kene dok dlam entry kali ni...xkisah la cite ape pun..janji kite dapat kongsi bersama...hehehee...sepotong hadis riwayat al-Bukhari, aku nk berkongsi dengan para pembaca semua..

“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia tidak menyakiti tetangganya. Saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita. Kerana, mereka tercipta dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang paling atas. Jika berusaha meluruskannya, engkau akan membuatnya patah. Dan jika dibiarkan, ia akan terus bengkok. Karena itu, saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita"

Khilaf di kalangan para ulama mengenai kejadian unik hawa sama ada benar dari rusuk kiri Adam, sedangkan manusia dijadikan daripada Tanah. Sebahagian ulama mengatakan "dari rusuk kiri Adam yang bengkok" merupakan satu kiasan bagi menggambarkan sifat serta watak dan fungsi wanita. Sebagaimana tulang rusuk yang bengkok itu meliputi/melindungi isi dada yang lemah dan jika diluruskan dengan cara yang kasar, ia akan patah.....

Ia dikiaskan dengan sifat semula jadi wanita yang begitu lembut, sensitif. Jika dididik dengan kasar maka patahlah ia. sewajarnya ia dilentur dengan penuh ketelitian agar hasilnya membanggakan!

Jangan sesekali membanding tara di antara wanita dan lelaki. sifat mereka dicipta dengan fitrah masing2..Itulah hikmah mengapa Allah menjelaskan dalam kitab-Nya di mana lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain. Sempurnanya hidup seorang suami kerana adanya isteri di sisi..begitulah isteri akan menjadi lebih bertuah dengan adanya suami melengkapkan hidupnya.

Benarlah pandangan ramai mengatakan, lelaki dilahirkan memiliki sifat ego yang tinggi. Kenapa? kerana untuk menunjukkan ketegasan bagi seseorang lelaki itu agar mereka tidak akan dipandang rendah atau dilihat lemah. Awas! Keegoan yang tinggi tidak perlu ada kerena ia hanya akan mengeruhkan hubungan lelaki dan wanita. maka bersederhanalah dalam menonjolkan sikap dalam diri.

Sebagai manusia, fitrah kejadiaan kita, mahukan yang terbaik dalam hidup..tapi, percayalah, apa yang sedang kita lalui sekarang adalah yang terbaik di sisi Allah walaupun kita terpaksa menelan segala kepahitan dan kesedihan..jangan memandang kepada ujian dan musibah itu dengan pandangan kasar, kerana berjuta hikmah yang sedang diaturkan oleh AllahuRabbi...Keyakinan serta sangka baik kita pada Allah SWT adalah motivasi hidup yang tiada bandingan....!



Saturday, January 22, 2011

~~Buah Tangan yg Bermakna~~

Sebuah lagi ceritera hati yg ingin dikongsi...

Setiap kali melihat jualan buku..aku sangat teruja..:-)
kalau lah dpt kawin ngn tokeh MPH k..kan best..hehehe..tpi buku2 yg jdi pilihan je aku minat..mase blaja kt Um dulu,kat akademi slalu ade jualan buku..mase tu kwangan amat terhad..jadi setiap kali lalu,tgok je la.,belek2,tenung,bace sikit2..last2 letak balik...huuhuhu...cume skali skala ade jgak beli..yg betul2 terpilih je..hehehe..

Pernah satau hari sgt teruja dgn 2 buah buku ni..tpi xmampu beli..tibe2 lectrure beli..dia pun tayang kat kelas..dia kate dia sje beli sbb dia suke beli buku...tersangat lah jeles...lastly, sje bergurau,nk pinjam..hehe..agak2 aku dapat x???
..hehehe..mesti la..lect tu xbace ag..tpi dia willing nk kasi pinjam..dia xkisah..hehehe..sgt seronok time tu..Thanks to him!

Baru2 ni..off to uia..visit my bestfriend...kebetulan ade PC fair...so,kami pegi.ade pulak booth jualan buku2...waa...sgt teruja...heheheehehehehe.
trus melulu je..tetibe my bestfriend, named wahida roslan..(sorry mention your name without ur permission)..said "eh,karang laa..tgok pcfair dulu..xsabar2 tul"...hahahahaa

Lastly, disebabkan keterujaan terlampau,wahida pun berkate.."ang nk buku mane?amik lah,kami hadiahkan sempena belated birthday ang"..heheeheehe...sgt terharu..malu nk ngaku nak,tetibe je kan...hehehee..

Akhirnya setelah men tarik tali,malu-malu alah...weda suggestkan satu buku ni..."BILA ALLAH MENDUGA KITA" sebuah karya Syed Alwi Alatas(salah seorg bekas penuntut UIA)...




"mustread"

Buku ni sebuah buku motivation untuk kita sebagai manusia yg xpernah lari dari dugaan hidup..sebetulnya org mengatakan,"masalah,dugaan, akan tetap ada dalam kehidupan..bergantung kepada kita bagaimana untuk menanganinya"...

Banyak kata2 perangsang dan kisah realiti yg telah dihadiahkan penulis buat kita sebagai pembaca yang boleh diambil iktibar dan tauladan..(^_^)...

Rasenya xperlu untk sy membuat ulasan tentang khazanah dalam buku ni,sebb semua org 'mustread'..heheheehe...

Thanks a lot to wahida sebb memperkenalkan 'buah tangan yg amat berharga'...diriku kini banyak belajar sesuatu dri karyanya...semoga setiap apa yg dibaca akan menjadi panduan dalam hidupku..aminn Ya Rabb....

p/s: Kredit to weda!


Friday, January 7, 2011

Ceritera hati~~~

Assalamualaikum buat semua warga blogger sekalian..rindu rasanya ingin mencoret ceritera hati di sini..selalu terfikir satu pepatah "hidup kita ibarat roda,kadang di atas,kadang di bawah"...bila di bawah kite selalu rapat dengan Khaliq yg Esa...namun..saat kite megah di atas?masih samakah perasaan kita?bersyukur?alpa?lupa siapa kite?...doaku semoga kite sentiasa berada dalam keadaan syukur walau dimana kedudukan kita....

Aku bukanlah pandai mencoret kata,aku hanya mahu berkongsi rasa dengan semua yang membaca...hati ini begitu tersentuh dengan setiap bait bicara yg dilontarkan oleh Ustazah Hafizah Musa di kaca tv tghri tadi dalam segmen alHidayah...bila dilihat, cara penyampaiannya bersahaja,bukan seperti penceramah2 yg lain,namun aku cukup tersentuh dengan setiap bait bicaranya, aku percaya,bukan lisan beliau yg berkata2..tapi suatu hati yg begitu ikhlas menyampaikan nasihat...

Satu analogi yg di sampaikan beliau,satu kisah siibu dan sianak.....

....Suatu hari si ibu sedang mengait sulaman dengan penuh teliti.siibu memang handal menyulam..satu persatu objek yg disulam oleh siibu...sedang beliau leka menyulam..datang sianak menghampiri ibunya..memandangkan si ibu dudk lebih tinggi dri anaknya,terpaksalah anaknya mendongak ke ats melihat apa yg sedang dilakukan oleh ibunya...Namun,si anak mulai hairan,dia cuma lihat benang2 yg berselirat dibahagian bawah sulaman..lantas sianak bertanya " ibu, apa yg sedang ibu lakukan?...fikirnya siibu hanya menghasilkan corak yg begitu buruk dan tidak berfaedah..siibu meminta anaknya bersabar menunggu hasilnya....
...Akhirnya, hasil sulaman siibu siap..begitu indah hiasan bunga,pokok, rama-rama yg berwarna-warni.....terpegun si anak melihat betapa cntiknya gambar yg diatas berbanding benang2 yg berselirat dibahagian bawah....

Siibu mula berkata "Wahai anakku,manusia yg berada di bawah selalu melihat banyak cabaran,rintangan,kekusutan dalam kehidupan tnpa melihat hikmahnya...sebaliknya manusia lupa bahawa ada suatu pandangan yng DIATAS (ALLAH SWT) yg sedang menyulam kehidupan kita dengan begitu teratur dan sempurna....."

Begitulah analogi kehidupan yg wajar kita sama-sama mengmabil iktibar dan pengajaran...


p/s: Kredit to ustazah!