Tuesday, March 8, 2011

Ini adalah yang Terbaik!


Salam to all my buddy...
Setelah sekian lama baru la gatal tangan ni nk berblog lagi..huhu..kalau dh start berhenti alamat nk mula balik memang payah..tambah2 plak keje kt ofis agak tidak brape nk teratur..schedule aku la..bukan org lain (padan muke..sape suruh xpandai manage)huhuu..

Banyak topik yag terlintas di fikiran ni untuk dikongsi..tpi terpaksa cabut undi mane yang kene dok dlam entry kali ni...xkisah la cite ape pun..janji kite dapat kongsi bersama...hehehee...sepotong hadis riwayat al-Bukhari, aku nk berkongsi dengan para pembaca semua..

“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia tidak menyakiti tetangganya. Saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita. Kerana, mereka tercipta dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang paling atas. Jika berusaha meluruskannya, engkau akan membuatnya patah. Dan jika dibiarkan, ia akan terus bengkok. Karena itu, saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita"

Khilaf di kalangan para ulama mengenai kejadian unik hawa sama ada benar dari rusuk kiri Adam, sedangkan manusia dijadikan daripada Tanah. Sebahagian ulama mengatakan "dari rusuk kiri Adam yang bengkok" merupakan satu kiasan bagi menggambarkan sifat serta watak dan fungsi wanita. Sebagaimana tulang rusuk yang bengkok itu meliputi/melindungi isi dada yang lemah dan jika diluruskan dengan cara yang kasar, ia akan patah.....

Ia dikiaskan dengan sifat semula jadi wanita yang begitu lembut, sensitif. Jika dididik dengan kasar maka patahlah ia. sewajarnya ia dilentur dengan penuh ketelitian agar hasilnya membanggakan!

Jangan sesekali membanding tara di antara wanita dan lelaki. sifat mereka dicipta dengan fitrah masing2..Itulah hikmah mengapa Allah menjelaskan dalam kitab-Nya di mana lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain. Sempurnanya hidup seorang suami kerana adanya isteri di sisi..begitulah isteri akan menjadi lebih bertuah dengan adanya suami melengkapkan hidupnya.

Benarlah pandangan ramai mengatakan, lelaki dilahirkan memiliki sifat ego yang tinggi. Kenapa? kerana untuk menunjukkan ketegasan bagi seseorang lelaki itu agar mereka tidak akan dipandang rendah atau dilihat lemah. Awas! Keegoan yang tinggi tidak perlu ada kerena ia hanya akan mengeruhkan hubungan lelaki dan wanita. maka bersederhanalah dalam menonjolkan sikap dalam diri.

Sebagai manusia, fitrah kejadiaan kita, mahukan yang terbaik dalam hidup..tapi, percayalah, apa yang sedang kita lalui sekarang adalah yang terbaik di sisi Allah walaupun kita terpaksa menelan segala kepahitan dan kesedihan..jangan memandang kepada ujian dan musibah itu dengan pandangan kasar, kerana berjuta hikmah yang sedang diaturkan oleh AllahuRabbi...Keyakinan serta sangka baik kita pada Allah SWT adalah motivasi hidup yang tiada bandingan....!