Monday, July 4, 2011

Anak, Saham Akhirat yang Lumayan


“Balqis, mari kita solat sama-sama sayang?”pinta si ibu apabila melihat anaknya yang asyik menonton siaran kartun kegemarannya dari tadi. Balqis, permata hatinya yang baru berusia 5 tahun, namun cukup pantas belajar. “Semalam Balqis pun nampak ibu tengok tv masa ayah solat, Balqis nak habiskan tengok kartun ni dulu. Boleh ye bu?” balas Balqis jujur.

Sebagai seorang ibu, pasti kita tergamam dengan jawapan yang diberi, bukan? Mana tidaknya, kita sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anak, segala tingkah lakunya kita perhatikan. Malangnya kita terlupa bahawa mereka juga sedang memerhatikan kita tanpa kita sedari. Awas! Kita sedang diperhatikan.

“It's not only children who grow. Parents do too. As much as we watch to see what our children do with their lives, they are watching us to see what we do with ours. I can't tell my children to reach for the sun. All I can do is reach for it, myself.”

Joyce Maynard

Sedar atau tidak, sebagai ibubapa, kita perlu peka dengan tindakan kita terlebih dahulu sebelum menegur dan memarahi anak-anak. Rutin harian kita merupakan salah satu matapelajaran mereka dalam mematangkan diri. Kita sering kesal dengan tindakan anak-anak yang tidak mendengar kata serta melakukan sesuatu yang tidak disenangi. Segala tindak-tanduk anak-anak adalah bermula dari setiap pemerhatian mereka sejak kecil.

Sebagaimana dialog di atas, Balqis, seorang anak kecil, sebenarnya memerhati dan meniru tindakan ibunya tanpa mengetahui sama ada perbuatan itu, baik atau sebaliknya.

Pasti ramai dikalangan ibubapa seringkali gusar untuk mengawal tingkahlaku mereka agar tidak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya yang akan dipertontonkan oleh anak-anak mereka. Mana mungkin kita dapat mengelak dari melakukan kesilapan. Sedangkan jelas janji syaitan untuk menyesatkan Adam dan keseluruhan zuriatnya dalam surah al-Hijr ayat 39 dan 40 yang bermaksud;

39. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) Demi Sesungguhnya Aku akan memperelokkan Segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan Aku akan menyesatkan mereka semuanya,

40. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu Yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Sekalipun begitu tegas janji syaitan pada ayat 39 surah al-Hijr untuk menyesatkan keseluruhan keturunan Adam, pasti kita gerun mendengar dan ngeri membayangkannya, namun, jangan dilupa pada syarat yang ditetapkan oleh musuh utama manusia itu pada ayat yang seterusnya. Maka berusalah untuk menjalani kehidupan yang senantiasa berpaksi pada aturan-Nya. Sekalipun kita melakukan kesilapan, haruslah diingat, usaha kita melakukan yang terbaik akan diambil kira oleh Allah SWT.

Usaha bagaimana yang dimaksudkan? Sudah semestilah usaha membaik pulih diri untuk menampilkan sesuatu yang terbaik. Tidakkah kita terfikir, untuk menjadi yang terbaik pasti banyak rintangan dan halangannya?

Iya. Itulah yang saya maksudkan. Tegar menempuh ujian dan rintangan untuk mencapai suatu kebenaran. Sabar dan tidak berputus asa yang menjadi ukuran di sisi Allah SWT.

Qudwatul Hasanah

Allah SWT telah menetapkan dasar samawi melalui perantaraan rasul-rasul-Nya bagi menyebarkan perutusan langit kepada sekalian manusia di dunia yang bersifat dengan kemuncak kesempurnaan. Sebagaimana yang tertulis dalam kitab yang terpelihara sehingga akhirat mengenai contoh tauladan yang paling utama bagi manusia iaitu kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW. Firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 21:

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Sebagaimana Saidatina Aisyah r.a pernah ditanya mengenai sifat dan tingkahlaku baginda Rasulullah SAW, maka Aisyah menjawab dengan maksud:

“ Adalah kelakuannya (Nabi Muhammad SAW) al-Quran (apa sahaja yang disebut di dalam al-Quran)

Ringkas bukan jawapan Aisyah? namun maksudnya begitu menyeluruh kerana sifat baginda meliputi keseluruhan aspek ajaran al-Quran yang merupakan amalan dan tingkahlaku baginda Rasulullah SAW.

Jadi, ibubapa yang meneladani Qudwatun Hasanah Rasulullah, akan melahirkan generasi pejuang amar maaruf dan nahi mungkar dalam mengorak langkah menerusi dunia yang penuh mehnah!

Pendidikan tidak formal anak-anak di rumah akan diterajui oleh ibubapa yang secara tidak langsung ia disampaikan melalui dua kaedah utama iaitu Lisanul Maqal (teori) dan Lisanul Hal (Parktikal). Pada dasarnya, mereka perlu didedahkan dengan pengetahuan tauhid kepada Allah SWT dan asas-asas Islamiah dalam apa cara sekalipun. Sekalipun sukar, ia tidak mustahil. Sebagaimana yang kita sedari, perkembangan otak anak-anak seawal usia, sangat aktif dan pantas. Ia seperti saham terpenting bagi kepada ibubapa untuk melabur agar keuntungan yang diperolehi menguntungkan malah membanggakan. Ia akan menjadi satu tamparan yang hebat pada ibubapa jika peluang keemasan ini dilepaskan begitu sahaja.

Role Model

Proses pembelajaran tidak formal anak-anak perlu dijelaskan terlebih dahulu melalui kaedah teori, iaitu melalui peringkat mendengar dan melihat. Mereka dengar dan lihat maka berlakulah kaedah yang kedua iaitu Praktikal. Sebagaimana unutk mengajar anak-anak peka dan sensitif tatkala tiba waktu solat fardu, ibubapa terlebih dahulu menjadi role model terbaik pada mereka. Anak-anak cenderung untuk meniru setiap gerakan ibubapa mereka terutama pada sesuatu yang kerap dilakukan. Galakkan minat mereka dengan berjemaah bersama-sama. Disamping itu jangan lupa untuk menerapkan kata-kata nasihat dan pesanan yang membina. Benarlah pepatah inggeris menyatakan “Don't worry that children never listen to you; worry that they are always watching you.”

Keberhasilannya akan terbukti apabila anda sebagai ibubapa terus-menerus berusaha serta bersabar dalam pelaburan ini. Sesungguhnya anak-anak merupakan amanah dari Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak, adakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya atau kita telah mengkhianatinya.

Created by : Umie Kiran

Tuesday, March 8, 2011

Ini adalah yang Terbaik!


Salam to all my buddy...
Setelah sekian lama baru la gatal tangan ni nk berblog lagi..huhu..kalau dh start berhenti alamat nk mula balik memang payah..tambah2 plak keje kt ofis agak tidak brape nk teratur..schedule aku la..bukan org lain (padan muke..sape suruh xpandai manage)huhuu..

Banyak topik yag terlintas di fikiran ni untuk dikongsi..tpi terpaksa cabut undi mane yang kene dok dlam entry kali ni...xkisah la cite ape pun..janji kite dapat kongsi bersama...hehehee...sepotong hadis riwayat al-Bukhari, aku nk berkongsi dengan para pembaca semua..

“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya ia tidak menyakiti tetangganya. Saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita. Kerana, mereka tercipta dari tulang rusuk. Yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang paling atas. Jika berusaha meluruskannya, engkau akan membuatnya patah. Dan jika dibiarkan, ia akan terus bengkok. Karena itu, saling berwasiatlah kalian untuk berbuat baik kepada wanita"

Khilaf di kalangan para ulama mengenai kejadian unik hawa sama ada benar dari rusuk kiri Adam, sedangkan manusia dijadikan daripada Tanah. Sebahagian ulama mengatakan "dari rusuk kiri Adam yang bengkok" merupakan satu kiasan bagi menggambarkan sifat serta watak dan fungsi wanita. Sebagaimana tulang rusuk yang bengkok itu meliputi/melindungi isi dada yang lemah dan jika diluruskan dengan cara yang kasar, ia akan patah.....

Ia dikiaskan dengan sifat semula jadi wanita yang begitu lembut, sensitif. Jika dididik dengan kasar maka patahlah ia. sewajarnya ia dilentur dengan penuh ketelitian agar hasilnya membanggakan!

Jangan sesekali membanding tara di antara wanita dan lelaki. sifat mereka dicipta dengan fitrah masing2..Itulah hikmah mengapa Allah menjelaskan dalam kitab-Nya di mana lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain. Sempurnanya hidup seorang suami kerana adanya isteri di sisi..begitulah isteri akan menjadi lebih bertuah dengan adanya suami melengkapkan hidupnya.

Benarlah pandangan ramai mengatakan, lelaki dilahirkan memiliki sifat ego yang tinggi. Kenapa? kerana untuk menunjukkan ketegasan bagi seseorang lelaki itu agar mereka tidak akan dipandang rendah atau dilihat lemah. Awas! Keegoan yang tinggi tidak perlu ada kerena ia hanya akan mengeruhkan hubungan lelaki dan wanita. maka bersederhanalah dalam menonjolkan sikap dalam diri.

Sebagai manusia, fitrah kejadiaan kita, mahukan yang terbaik dalam hidup..tapi, percayalah, apa yang sedang kita lalui sekarang adalah yang terbaik di sisi Allah walaupun kita terpaksa menelan segala kepahitan dan kesedihan..jangan memandang kepada ujian dan musibah itu dengan pandangan kasar, kerana berjuta hikmah yang sedang diaturkan oleh AllahuRabbi...Keyakinan serta sangka baik kita pada Allah SWT adalah motivasi hidup yang tiada bandingan....!



Saturday, January 22, 2011

~~Buah Tangan yg Bermakna~~

Sebuah lagi ceritera hati yg ingin dikongsi...

Setiap kali melihat jualan buku..aku sangat teruja..:-)
kalau lah dpt kawin ngn tokeh MPH k..kan best..hehehe..tpi buku2 yg jdi pilihan je aku minat..mase blaja kt Um dulu,kat akademi slalu ade jualan buku..mase tu kwangan amat terhad..jadi setiap kali lalu,tgok je la.,belek2,tenung,bace sikit2..last2 letak balik...huuhuhu...cume skali skala ade jgak beli..yg betul2 terpilih je..hehehe..

Pernah satau hari sgt teruja dgn 2 buah buku ni..tpi xmampu beli..tibe2 lectrure beli..dia pun tayang kat kelas..dia kate dia sje beli sbb dia suke beli buku...tersangat lah jeles...lastly, sje bergurau,nk pinjam..hehe..agak2 aku dapat x???
..hehehe..mesti la..lect tu xbace ag..tpi dia willing nk kasi pinjam..dia xkisah..hehehe..sgt seronok time tu..Thanks to him!

Baru2 ni..off to uia..visit my bestfriend...kebetulan ade PC fair...so,kami pegi.ade pulak booth jualan buku2...waa...sgt teruja...heheheehehehehe.
trus melulu je..tetibe my bestfriend, named wahida roslan..(sorry mention your name without ur permission)..said "eh,karang laa..tgok pcfair dulu..xsabar2 tul"...hahahahaa

Lastly, disebabkan keterujaan terlampau,wahida pun berkate.."ang nk buku mane?amik lah,kami hadiahkan sempena belated birthday ang"..heheeheehe...sgt terharu..malu nk ngaku nak,tetibe je kan...hehehee..

Akhirnya setelah men tarik tali,malu-malu alah...weda suggestkan satu buku ni..."BILA ALLAH MENDUGA KITA" sebuah karya Syed Alwi Alatas(salah seorg bekas penuntut UIA)...




"mustread"

Buku ni sebuah buku motivation untuk kita sebagai manusia yg xpernah lari dari dugaan hidup..sebetulnya org mengatakan,"masalah,dugaan, akan tetap ada dalam kehidupan..bergantung kepada kita bagaimana untuk menanganinya"...

Banyak kata2 perangsang dan kisah realiti yg telah dihadiahkan penulis buat kita sebagai pembaca yang boleh diambil iktibar dan tauladan..(^_^)...

Rasenya xperlu untk sy membuat ulasan tentang khazanah dalam buku ni,sebb semua org 'mustread'..heheheehe...

Thanks a lot to wahida sebb memperkenalkan 'buah tangan yg amat berharga'...diriku kini banyak belajar sesuatu dri karyanya...semoga setiap apa yg dibaca akan menjadi panduan dalam hidupku..aminn Ya Rabb....

p/s: Kredit to weda!


Friday, January 7, 2011

Ceritera hati~~~

Assalamualaikum buat semua warga blogger sekalian..rindu rasanya ingin mencoret ceritera hati di sini..selalu terfikir satu pepatah "hidup kita ibarat roda,kadang di atas,kadang di bawah"...bila di bawah kite selalu rapat dengan Khaliq yg Esa...namun..saat kite megah di atas?masih samakah perasaan kita?bersyukur?alpa?lupa siapa kite?...doaku semoga kite sentiasa berada dalam keadaan syukur walau dimana kedudukan kita....

Aku bukanlah pandai mencoret kata,aku hanya mahu berkongsi rasa dengan semua yang membaca...hati ini begitu tersentuh dengan setiap bait bicara yg dilontarkan oleh Ustazah Hafizah Musa di kaca tv tghri tadi dalam segmen alHidayah...bila dilihat, cara penyampaiannya bersahaja,bukan seperti penceramah2 yg lain,namun aku cukup tersentuh dengan setiap bait bicaranya, aku percaya,bukan lisan beliau yg berkata2..tapi suatu hati yg begitu ikhlas menyampaikan nasihat...

Satu analogi yg di sampaikan beliau,satu kisah siibu dan sianak.....

....Suatu hari si ibu sedang mengait sulaman dengan penuh teliti.siibu memang handal menyulam..satu persatu objek yg disulam oleh siibu...sedang beliau leka menyulam..datang sianak menghampiri ibunya..memandangkan si ibu dudk lebih tinggi dri anaknya,terpaksalah anaknya mendongak ke ats melihat apa yg sedang dilakukan oleh ibunya...Namun,si anak mulai hairan,dia cuma lihat benang2 yg berselirat dibahagian bawah sulaman..lantas sianak bertanya " ibu, apa yg sedang ibu lakukan?...fikirnya siibu hanya menghasilkan corak yg begitu buruk dan tidak berfaedah..siibu meminta anaknya bersabar menunggu hasilnya....
...Akhirnya, hasil sulaman siibu siap..begitu indah hiasan bunga,pokok, rama-rama yg berwarna-warni.....terpegun si anak melihat betapa cntiknya gambar yg diatas berbanding benang2 yg berselirat dibahagian bawah....

Siibu mula berkata "Wahai anakku,manusia yg berada di bawah selalu melihat banyak cabaran,rintangan,kekusutan dalam kehidupan tnpa melihat hikmahnya...sebaliknya manusia lupa bahawa ada suatu pandangan yng DIATAS (ALLAH SWT) yg sedang menyulam kehidupan kita dengan begitu teratur dan sempurna....."

Begitulah analogi kehidupan yg wajar kita sama-sama mengmabil iktibar dan pengajaran...


p/s: Kredit to ustazah!

Friday, December 31, 2010

010111~~

Alhamdulillah...syukur padaMu YaRabb kerna masih lagi memberi hambaMu ini kesempatan hidup di atas bumi yg penuh dugaan dan cabaran...


YaAllah,jangan lah Engkau minta aku untuk menjaga diriku ini sendiri...Kau peliharalah aku YaAllah..segala ku serahkan padaMU Ya Allah...

Bersempena dengan kemasukan Tahun bari masihi ini, harapan aku agar aku mampu meninggalkan segala kisah duka,lara yg membelenggu hidup slama ini...as a human being,aku mahu yg terbaik dari yg terbaik..

Antara harapanku sempena tahun baru ini:
  1. Aku mahu menjadi lebih matang dalam menangani masalah hidup.

  2. Mencari kerjaya demi mencapai RedhoNya...

  3. Ingin jadi hambaMu yang sentiasa menangih hidayahMu

  4. Mahu sentiasa Istiqamah menjalani Ibadah padaMu YaRabb..

  5. Nak kuruss..(^_^)

  6. Mahu diri ini disenangi semua...


Banyakkan?xpe2,biar ade impian dri xde,right?...

..."2011 telah melabuhkan tirai 2010 yang penuh dengan suka duka....semoga Hari Ini Lebih Baik dari Semalam...aminnn Ya Rabb..Aminnn..."...

Thursday, December 30, 2010

…..Bingkisan Qalbi….

Aku tak pandai berbicara..pasti air mataku mendahului butir kata..aku tewas..lantas ku pilih untuk mencoret lukisan hati yang lara..

Setiaku selalu diuji.hanya satu tiada dua, mahupun tiga..desas-desus kecuranganku semuanya dusta semata..jika boleh dibuktikan pasti segera kulakukan..hanya Dia yang Mengetahui isi hatiku..

Acapkali aku merajuk..sudah la jauh,langsung tak bersua,jauh skali menatap wajah..salahkah rajukku hanya meminta perhatian?jiwaku meronta minta dipujuk bukan dimarah apatah lagi diherdik.bukan untuk menyusahkan atau menyakiti..siapa lagi harusku labuhkan manja kalau bukan pada insan yang bertahta dhati..tekaanku silap.tindakanku salah..langkahku menyimpang..harusku tarik balik, semua dah menjadi bubur..

Hampir setiap saat ku menyulam angan. Kebahagiaan yang kudambakan bukan bersama orang lain. Satu persatu nama anakku fikirkan..moga termakbul suatu hari nanti..

Pemergianku satu kemenangan dalam hidupmu. Kebahagiaanmu kuakur..setiap yang berlaku ada hikmahnya..ku doakan ‘seseorang’ akan hadir dalam hidupmu jauh lebih baik dari diriku yang hina. Dia yang sesekali tidak akan menyakiti hatimu, seorang yang sempurna tanpa kelemahan diri, tiada secalit dosa yang terukir,…yang mampu membuat dirimu tersenyum hingga akhir hayat..

Wednesday, December 29, 2010

Deep in my heart~~~


Lately sgt stress tahap dewa..moral down.please ,I need a motivation from others..everything is over.kadg2 patut kan aku jot something yg sedih?semua org penah rase tapi we are in different condition.right?... Ego k aku ni?sgt2 ego k?sampai tahap dewa x?huh!
semua org ad ego..cmtu jgk aku..xd yg pelik pun kalo aku kte kite semua ad ego..tapi sebetulnya bukan ego sje yg membelenggu hdup aku skarag.tpi setelah bercampur dengan mcm2 perasaan,aku keliru dengan perasaan sendri.marah k?kecewa?geram?sedih?...thats why ak jdi setegar ini..aku cube nk melupakan semua sakit yg pernah aku rse.aku ingin bahagia seperti org lain bahagia...setiap malam aku menangis dlm tidur.
mungkin surface aku macm bahagia, sedih aku cube larikan..hanya Dia yg benar2 memahami aku saat ini...mungkin ini kifarah dosa2 aku sebelum ini..


Susah sgt k nk buat org memahami kite? xnmpak lagi k kesakitan yang selalu ditanggung?senangkan buat org lain kecewa..selayaknya aku bersyukur dengan perasaan ini..membuatkan aku semakin rapat denganNya.

........YaAllah aku bersyukur keran Engkau masih lagi memberi kesempatan yang amat bernilai..Hambamu ini sering alpa dengan mainan dunia.setiap detik Kau satukanlah hati ini dengan hidayahMu..Andai perasaan ini yang membolehkan aku mendekatiMu,aku Redho dengannya..aku sanggup menghadapinya walau hingga akhir hayatku.Aku mahu sentiasa dekat denganMu YaRabbul Jalil..biar air mata darah skali pun mengalir,tidak sesekali aku menyesalinya...

***syukur Alhamdulillah****

Thursday, December 9, 2010

PlayDoh..!!!


Haaa....tetibe je playdoh! klako klako :)

nak tau nape? ni la permainan yg sy tringin sgt2 nk main sejak dr kcik lgi...sampailah k besar xdpat2..hadoiii...best kan?


whoooaaaaaa.....bestnye dpt men mende ni!!!!


mane xnye...masukkan doh..tekan..kluar macm2 bentuk...hihihihihi...yang lagi best bile leh wat makanan,burger,spaggeti,crab,hahahaaaa...macm2 lah...
yang xbestnya bile doh-doh ni dh bercampur warna dh xboleh nk asingkan lagi..huhuuuhu...

mase kecik2 xd lagi mende2 ni...bile dh besar skit baru ade...nk suruh ayah mak beli malu..hehe dh xpadan umo nk main..diam2 je laa....nk beli skarang????nanti lah..bile jumpa kat mall, duit ade, mesti kene beli..yahooo!..






haaa..kan best kan....tekan je doh kluar bentuk pilihan...pehtu mulakan dengan idea yg kretif untuk mencipta apa2 shaja mengikut kegemaran...huhuhu..waaaa...bestnyaaaaa.. nak lagi kreatif bile dh jadik bentuk,contoh : rumah k, sudu k, frame k,...keringkan...jadik keras...pehtu wt hiasan kat mini almari display...haaaa...ok x??






ya ampunn...tringin nye nk men doh aiskrim cam budak tu...best kan???hehehee...ha..tgok picture sebelah dia plak...mcm2 makann boleh dihasilkan..ade mini burger..roti sosej..salad..hehehe...ti kalo sy ade sy nk buat makanan tradisional..bahulu,ketayap,karipap, semperit..hehehehheee...lagi sronok main..hahahahaa






kalo dapt Doh yg macm ni banyak...wahh...i've no word........ play overjoyed!!!


p/s: apa pulak mainan kegemaran yg tak kesamapaian korang????hehehehe

Sunday, December 5, 2010

Thanks to Anis for tagging me!

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda ?
duit!!!hahhaha..family maaaa


2. Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri ?

jambu batu!!..hehehe baru je beli kt R&R bukit gantang tdi..kikiki..

3. Dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang ?
ofkos my home sweet home! theme??kene tnya pndangan future husband sy dulu...lalalal~~~

4. Adakah korang sedang bencinta sekarang ?
hhuhu..blushing3...:-p


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?

Dengan izin Allah..sehingga bertemu kembali disyurga sana...aminn


6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli ?

ade...tpi xingat laaa..if i not mistaken buku motivasi pasal perkahwinan..hehehe..


7. Antara mak ayah korang , yang mana korang lebih mesra ?

both! .

8. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang ?

entah..i've no answer 4 dis question..huhuu

9. Adakah korang basuh baju korang sendiri ?

semestinya!


10. Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi ?

Paris!..
bonjour madmoirsell!!
mercy!
je mappelle Umi,je suis vingt trois ans!!


11. Pilih salah satu , peluk atau cium ?

hurmm..susahnye nk jawab...peluk kot

12. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda ?

anis?...:comel:chubby:comot..hehhee


13. 5 lagu yang korang suka and selalu dengar ?

Alhamdulillah-maher zain
insyaallah-maher zain
..semua lagu yg dinyanyikan oleh sidia...ecehh!



14. 5 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini ?

-Wancupucino
-ainalhalim
-syirah
-
-

hahaha..klako la soklan2 ni..btw..enjoy it!heheheheehe



Monday, November 29, 2010

~~...Wedding of the year...~~


Bile cuti sekolah je..bersusun kenduri kawen yg kene attend...best2! bukan slalu dpt mkan nasi kawah..kan? slalu kalau ade kenduri je..pagi2 mak mesti tnya anak-anaknya..."sape nk ikut mak makan kenduri?"hehehe..kalau time rajin tu ramai je yg ngangkat tangan nk ikut...tapi kalo dh xd sape yg nk ngangkat tgan, tepaksa la angkat jgak buat teman mak makan kat kenduri..hehehe.. hurmm...yg specialnya tahun ni...w
edding ceremony at my sweet home!yeaaah....wedding my sisters... : to kak atun n kak nurul wish both of you forever fall in love...aminn...so,kami adik bradik lain sbgai Pengelola n AjK..hehehe..klakar2.mklumlaa ,first kenduri..sume klam kabut..mak?mak CEO...tokleh kaco..amatlah bz beliau.. yang sulong nk purple theme,yg kedua nk gold..hadoii..cmne nk matchkan ni?xpe2...apa2 pun hajat diorg kene tunaikan...so..akhirnya jadik lah cam ni...

ok x combinaion theme ni???

hurmm..sebagai pengelola..kenduri amat memenatkan..tpi sungguh seronok!hehehe..kehulu kehilir..b4 kenduri,sy bertungkus lumus menyiapkan langsir rumah n bilik kekandaku...mase kenduri tinggal sehari 2 lagi,tido pun xmenentu..asenye tido pun ikut jam jeddah..hehehe..sehari ade 2,3 jam je tido...keje?sungguh bnyak..fuhh!

Apa yg pasti, mohon semoga perjalann kenduri berjalan dgn lancar..Alhamdulillah everything yg dirancang Allah telah aturkan dengan baik..walaupun sebenarnya kita xkan lari dri kekurangan n kelemahan...right?The most important..kakak2 ku telah berjaya diijab kabul kan. yang sulong Rabiataul Adawiyah dan pasangannya Moh
d Shahrizal pada 25 nov 2010...kakak yg kedua,nurul Wahidah dan pasangannya Mohd Norhisham pada 26 Nov 2010...ALHAMDULILLAH...


~Barakallah hulakuma wabarakaalaikuma..wajama'a bainakumaaa fi khair......~~




Akhirnya sy pun ade abg ipar jgak!hehehe...2 org skali..yahuuu..next year ank buah pulak..kekeke...aminnn....

Ade jgk sedihnya...kami sekeluarga amat ralat skali..xnyempat nk begambar skali.dh la kami adik beradik pakai baju sekayu...masing2 amatlah sibuk..mane xnye..kul 3 pun org xputus2 ag dtg..kul 4 baru reda skit..Alhamdulillah..rezeki pengantin...btw..xpe lah..jgn sedih2..hehehe...



budak2 yg suke kaco mak teh nye..hehehe...


saye , asma , nabila......my bff..thanks sudi dtg..


banting tuk mempelai...created by eimies...(enal kembong)..

Wednesday, November 17, 2010

..Alhamdulillah.....

"Ibu...adik nak tanya sesuatu"..tanya seorang anak kecil bertubuh halus sambil memandang tepat kearah mata siibu."Tanya la syg",sambil tersenyum siibu merangkul erat tubuh sianak. Setiap persoalan anaknya harus dirungkaikan dengan bijak.

"Allah tu maha pengampunkan bu?"..berkerut dahi sianak cuba meminta kepastian..sambil mengusap kepala sianak siibu menjawab dengan penuh minat,"iya sayang..Allah itu maha pengampun pada setiap dosa hambaNya.walaupun dosa tu besar".."kenapa sayang", soal siibu dan mula memanjangkan perbualan..si kecik merenung ibunya seperti ada sesuatu yang dia tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.lantas si anak bersuara lagi "salah ke kite menangis bu?. sudah! apa pula kali ini?soalan pertama dan kali ini kan berbeza sekali?detik siibu dengan penuh tanda tnya. walaupun Humaira' anaknya baru menjangkau usia 10 tahun, namun fikirannya cukup matang seperti dia mengerti semuanya. namun dia harus bijak mnjwab setiap pertanyaan Humaira'."Sayang, Allah itu maha bijaksana. Dia mengurniakan airmata untuk kita gunakan..Humaira' pun boleh menangis, tetapi biarlah kene pada tempatnya", jawab siibu dengan penuh teliti dan berhati-hati.."tapi bu, macmmana nk tahu kite menangis kene pada tempatnya?soal Humaira' lagi. kali ini dia benar2 ingin memastikan semua persoalannya terungkai. "humaira' syg...bila kita sedih,mesti kita menangis,kita terlalu gembira, kita pun akan menangis....menangis yang terbaik apabila kita menyesali setiap dosa yang telah kita lakukan. kita takut perbuatan kita di murkai Allah. Redho Allah itu pentingkan sayang?soal siibu bagi memastikan anaknya akan berfikir kembali.."tapi kalau humaira' sedih, kecewa, marah...Humaira kene kuat, jangan terus menangis....Allahkan sayangkan Humaira'?terang siibu dengan panjang lebar.....Sianak terus mendakap siibu denagn lenangan air mata."Bu, semalam adik menangis lame bu...adik menangis kuat bu...adik rasa kecewa....."rintih sianak dengan suara yang sayu."kenapa syg menangis"?soal ibunya dengan agak terkejut..lambat Humaira' mahu membuka mulut...ditenungnya wajah lembut siibu,sahaya berkata.."bu, adik menangis sebab adik tak faham mcmmana rasa bersyukur.Ustaz ckp kita kene bersyukur,baru Tuhan syg..tpi mcmmana nk bersyukur tu bu?? Adik takut Allah xsyg Adik lagi...kalau adik' xbersyukur, Allah ampun x dosa adik??Bu...ajarkan adik bersyukur".rayu sianak dengan sepenuh keikhlasan.YaAllah, besarnya jiwa anakku ini. kenapa dia yg kecil ini punyai rasa takut yang aku sendiri tidak pernah rasa?bersyukurkah aku selama ini?pernah juga aku mengeluh,tanda tidak bersyukur...astagfirullah.....aku jga sering lupa pada ap yg aku ada?bergenang air mata siibu merenung anak tungalnya sambil menyusun ayat menjwab persoalan tdi..... "bu...ajar adik cara bersyukur boleh?"....

Thanks to AllahuRabbi....


Happy Eid Adha...sejarah Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail yang wajib disingkap oleh kita sebagai ummat Islam. Malah banyak sejarah lain yang harus dibuka bagi kita sama2 menghayati erti pengorbanan yang sebenar....
everything yg kite blaja harus di aplikasikan dalam kehidupan harian..right? tp bukan mudah..yang pasti tidak mustahil...

Whats in front of your eyes...The Biggest Miracle....Alhamdulillah...

kadang-kadang kite slalu tak sedar apa yang ada dihadapan kita terlalu berharga...namun sibuk mengejar sesuatu yg tak pasti...adakah itu tandanya kite tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan AllahuRabbi??....Nauzubillah...semoga kita tidak tergolong ye :)....terlalu sukar untuk mencari sesuatu untuk kepuasan diri...sebb itu pentingnya rasa syukur dengan setiap nikmat kurniaan Nya...tapi bagaimana??




"Bermula fikrah dengan fikir..kerana berfikir datangnya zikir...bila berzikir terserlah kebenaran..dan kebenaran itu datangnya dari Al-quran,....."




"Ya Allah...izinkan diriku dimana2 bahagian bumi ini yang sempurna agar aku mampu untuk meraih kenikmatan nikmatMu YaRabb....aminnn..."

Friday, November 12, 2010

...New breath...


wah..wah..wah..
how long nno see yaa..setelah sekian lama sy menyendiri..akhirnya baru rase nk berblog..kalau dulu sy berblog mase di Univrsti..tpi sekrg sy dh melangkah ke alam pekerjaan yg sy dh lama impikan.walaupn sy dh bekerja sy tetap masih belajar...Never Stop to study..aja2!!



hehehe...sy dh konvo!! thanks to all yg telah bnyk memberi dorongan..espclly my lovely mom!!

hurmmm...there r many things to share..but dont kno how to start..apa yg telah dilalui terlalu manis untuk dikongsi..yeahhh!!
Hahaha...yg lawaknya semua function blog sy dh lupa.jenuh study dengan strugglenyaa..hehehee....
..buat semua kawan2...kita selalu dengar "kita merancang tpi Allah yg menentukannya"..itulah yg sy plajari sepanjang kehidupan sy...sebagai seorang hamba yg lemah dan kerdil wajib bagi sy meredhai dengan sepenuh keikhlasan dengan apa yg telah Khaliq tetapkan dengan syrat setelah kite berusaha n bertawakal..............
to all my SAHABAT all the best to all of you!

Thursday, December 31, 2009

Berita baik buat penggemar Coklat...


Coklat

Adalah nama sebuah makanan yang diolah dari biji koko.

Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin hingga ke pernyataan cinta. Dari dahulu, coklat bukan bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Tidak menggemukkan...

Rasa coklat masih sukar diertikan. Dalam buku Emperors of Chocolate, Joel Glenn Brenner menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk dari campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang dominan. Malah, sebahagian dari zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.

Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yang menggemukkan tubuh.

Walaupun tak dapat digantikan, pemalsuan sering dilakukan. Koko adalah bahan yang mahal, apatah lagi dibandingkan dengan gula atau minyak nabati. Maka, tidak hairan kalau dapur konvension terpaksa memilih kedua-dua bahan ini untuk menggantikan koko. Disebabkan itu, tidak banyak coklat di pasar “coklat”.

Lemak koko sering digantikan dengan minyak yang lebih murah, seperti lesitin atau minyakkelapa sawit. Selain soal harga, dengan kedua-dua bahan ini, pelapisan coklat menjadi lebih mudah. Perbandingan koko pejal, komponen tidak berlemak pada biji yang digiling juga cenderung rendah. Dalam bar coklat, misalnya, sekitar 20% gula-gula itu diisi coklat.

Coklat premium, di sisi lain, biasanya mengandung sekitar 50 - 70% coklat padat. Disebabkan coklat mengandung lebih gula dan mungkin juga sedikit minyak nabati, coklat pekat ini mengandung lebih sedikit kalori dari produk coklat pada umumnya. Maka, apabila para pennggemar coklat sering “protes” gara-gara coklat disalahkan untuk masalah yang sebenarnya disebabkan oleh penggunaan gula berlebihan.

info from : http://ms.wikipedia.org/wiki/Coklat

Wednesday, December 30, 2009

Langkawi Island Trip...

Alhamdulillah....Tuhan mengurniakan kesempatan untukku mengunjungi salah satu island yg cukup indah ciptaanNya...tanggal 24-27 dec 2009, memori indah telah terpahat...PSSGMUM cigu+alumni+senior+junior=Hepi together...finally my sem break terisi jugak...hehehe..Dalam keseronokan banyak yang perkara yang terlintas di benak..Keindahan ciptaanNya..banyak menyedarkanku erti syukur...Alhamdulillah..



Time ni dekat jeti Kuala Perlis..tunggu feri jam 10.00 am 25 dec...excited..hehehehe..kagum n teruja sebenarnya..1st time nk menjejakkan kakiku ke langkawi..

yeahh...my turn...cable car malii sudaa...kantoi ketakutanku tatkala ingin melangkah..ehhehe..gayat sebenarnya...u should try tau...best..i've no word to describe it..heheheh


ni plak..Tasik Dayang Bunting..The Lake of Pregnant Meiden..Org kate..air tasik ni boleh mengubati masalh kemandulan..kebenarannya?wallahu'alam...yg penting aku belajar berenang kt sini...tpi..wif life jacket laaa...kalau x..tenggelam timbul la nmpak nya..kt swimming pool yg xde ombak pun leh lomeh...ni kan tasik yg 50 kaki <> dalamnya...huhuhu..


Dataran Lang..Gagah berdiri mendepakan sayap..setanding dengan sejarahnya yang menjadi kebanggaan Pulai Langkawi..Dikata Langkawi berasal daripada Helang + Batu kawi= Langkawi...

Syurga coklat..hehee..my feveret..Ni antara coklat yang telah berjayaku grab from Hj Ismail Group enterprise..hoohoho..lalalala..nyumm nyummm..opss sori jmput makan.skang ni pun sy tengah mkan coklat..hehehe.....Kalau la dunia ni tak memerlukan duit untuk membeli belah..dh lama Ismail Group jadi milikku..

Titisan Kesyahduan...

Tidak bermakna hidup tanpa cabaran....

Salam Ukhwah Fillah...sekembalinyaku di bumi universiti, dunia untuk meneroka ilmu yang milik Yang Maha Kaya..langsung tidak terkira impian dan harapan yangku atur dan semat jauh dilubuk hati dengan harapan moga Allah swt memberi kesempatan buat saya melangsaikannya dengan penuh BaraqahNya....
Selalu aku ingatkan diri ini..walau di mana Tuhan cmpakkan diri ini, itulah rahmat dan rezeki yang dikurniakan olehNya untuk maklukNya..
Syukurlah aku masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang penuh dugaan..Terringat pula pada bait nasyid dendangan oleh kumpulan DIWANI - Jalan yang satu.."manusia perlukan petunjuk dan panduan, Di dunia yang penuh cabaran..Tiada yang pasti haluannya sendiri..Semua ketentuan Ilahi.."..Segala apa yang diinginkan manusia harus berusaha..Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...

Monday, December 28, 2009

Tabah meniti perjuangan...

Salam Perkenalan buat warga Blogger..baru sekarang dapat spend time tuk ngadap blog.sebelum ni teringin nak buat tapi masa tak memberangsangkan..semua orang ada blog..mula-mula rase pelik.."nape sume orang nak buat blog?apa faedahnya?best k?"... Tapi hari ni aku(terasa lebih rapat tatkala membahasakan diri'aku' sebagaimana rapatnya seorang hamba dengan TuhanNya di saat mengadapNya) buat blog sendiri...buat masa ni banyak yang aku nak kongsi..semua dh terbayang-bayang di pentas imaginasi..nak share ini itu dan semuanya..tapi sekarang i have no idea yet..nak karang pun kene cari feel..baru sedap kongsi bersama..tul tak? Btw...blog aku dh create..bile nk spend time tuk this blog ek?masa?semua orang kejar masa..kan best kalau masa yang kejar kite..tambah pula ni last semku kat uni tercinta...aku kene buat yang terbaik..